Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

05 November 2010

Happy Deepavali...

 

Salam Sejahtera...Salam 1 Malaysia,

Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga Malaysia yang beragama Hindu. Semoga dengan kehadiran Pesta Cahaya ini akan membawa kebahagian, keceriaan dan turut menyinari nilai-nilai yang akan memperkukuhkan perhubungan dan kerjasama kita sebagai satu masyarakat.

Deepavali meraikan kemenangan unsur-unsur kebaikan mengatasi unsur-unsur kejahatan. Adalah menjadi harapan semua warga Malaysia agar sinar yang muncul dari kegelapan akan memberi lebih semangat untuk kita menghadapi segala cabaran yang mendatang dengan penuh keyakinan dan kekuatan bagi mencapai harapan dan impian kita. 

Di hari yang bahagia ini, marilah kita sama-sama meneruskan tradisi dan budaya kita sebagai rakyat Malaysia, dengan meraikannya dengan penuh kesederhanaan dengan meneruskan amalan kunjung mengunjung di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Gunakanlah hari yang istimewa ini untuk merapatkan lagi hubungan sesama kita. Ini akan menjamin keharmonian dan kesejahteraan yang berterusan bagi kita serta kejayaan bagi negara kita. 

Sekali lagi saya mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI DEEPAVALI kepada semua warga Malaysia. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...