Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

19 November 2010

Sulalatus Salatin : Karya Agung yang dibanggakan

 

Tun Seri Lanang dianggap sebagai pengarang karya agung Melayu, Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu sekitar tahun 1611. Beliau merupakan seorang Bendahara di dalam kerajaan Johor dengan menggunakan gelaran Paduka Raja tetapi lebih dikenali sebagai Tun Muhammad. 

Keunikan karya ini terserlah melalui penggunaan unsur dogengan yang meliputi mitos dan legenda serta fakta sejarah yang bertujuan mengangkat martabat dan keagungan penaungnya. Selain itu, unsur suspen, humor dan metafora (kiasan) diadun rapi sehingga memperlihatkan ketokohan dan kebijaksanaan beliau sebagai seorang pengarang unggul di zamannya.







Sulalatus Salatin lebih dikenali sebagai Malay Annals di Barat. Karya ini tergolong di dalam genre sastera sejarah dan dianggap terulung, teristimewa dan unik dalam perbendaharaan warisan kesusasteraan Melayu tradisional. Keistimewaan karya ini terserlah melalui 29 versi yang tersimpan di beberapa institusi seluruh dunia merangkumi 12 di Belanda, 11 di United Kingdom, 5 di Indonesia serta 1 di Russia.
Karya ini mengisahkan jurai keturunan raja-raja Melaka yang dikaitkan dengan Raja Iskandar Zulkarnain menerusi pertalian 3 orang putera Raja Suran yang turun di Bukit Seguntang. Salah seorang daripada mereka, Nila Utama (Sang Sapurba) berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun dan seterusnya bergelar Seri Teri Buana lalu membuka Temasik. Apabila Temasik jatuh di tangan Majapahit, Raja Iskandar melarikan diri lalu mengasaskan Kerajaan Melaka. Keturunan baginda, Raja Kecil Besar menaiki takhta serta menganut Islam dengan menggunakan gelaran Sultan Muhammad.

Pelabuhan Melaka 1615
Sepanjang keagungan Kerajaan Melaka diperkatakan kisah sultan-sultan antaranya Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah serta beberapa tokoh agung Melaka lainnya termasuk Bendahara Paduka Raja Tun Perak, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir serta pahlawan terbilang Hang Tuah lima bersaudara.

Manuskrip Hikayat Hang Tuah

Sejarah Melayu juga memperkatakan tentang jalinan persahabatan Melaka dengan kerajaan Majapahit dan China serta lain-lain negeri di Alam Melayu.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...