Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

27 February 2011

Darurat di Tanah Melayu

Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989.

Bolehlah dikatakan bahawa segala bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh orang Jepun semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin bekerajaan sendiri.

Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan.

Yang paling teruknya, boleh dikatakan dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.

Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).

Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka rasa patut.

Hubungan PKM dan British yang semakin teruk dan setelah Chin Peng sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat, dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Dang (KMT), dan 3 orang pengurus ladang getah yang berbangsa Eropah, termasuk 1 penolong, pada 12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat Negeri diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.
Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:
  1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
  2. Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
  3. Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.

Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.

Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.

Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis.Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.

Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.

Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.
Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah termasuk:
  1. Penempatan semula orang Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, jadi masalah untuk membanteras komunis adalah lebih senang.
  2. "Kampung baru" telah diperkenalkan. Kampung telah dibina di bahagian kawasan baru yang dipilih adalah dibuat untuk menempatkan orang Cina.

Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan tempat PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Baru yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip PKM) untuk memberi malumat dan barang keperluan kepada PKM yang melancarkan serangan gerila.

Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.
Terdapat juga kumpulan yang membantu dan memberi sokongan kepada Parti Komunis Malaya iaitu Min Yuen.

Polis memeriksa seorang lelaki Cina bagi mengenalpasti samada tali barut komunis atau tidak.

Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.
Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa dasar:-

  1. Pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam.
  2. Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung baru.
  3. Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.
  4. Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur pengganas. Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang, mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat mereka bagi menyerang (discourage).
  5. Memperkenalkan ISA.
  6. Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara.
  7. Memperkenalkan sukarelawan kampung / pengawal kampung yang bersenjata.
  8. Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam.

Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir musuh.

Langkah berbentuk sosial juga dibuat kerana hati rakyat Tanah Melayu perlu diambil juga. Antara yang paling popular adalah berbentuk:

  1. Catuan makanan dibuat. Ini adalah kerana sebahagian daripada penduduk Tanah Melayu yang adalah ahli Min Yuen (Mereka bukan ahli tentera dalam PKM, tetapi sebagai pengintip, (samaada secara sukarela atau melalui paksaan) Dengan makanan yang terhad, maka makanan dan belakan yang lain adalah terhad dan mereka tidak mampu untuk memberikan makanan mereka kepada ahli tentera PKM yang berada di dalam hutan.
  2. Perang psikologi juga dibuat untuk mengumpan rakyat Tanah Melayu mendapatkan ganjaran untuk pendedahan setiap ahli PKM, dan dengan ganjaran untuk ahli PKM yang menyerah diri. Dianggarkan bahawa ganjaran sebanyak $5,000 untuk setiap ahli PKM yang menyerah diri, serta RM25,000 untuk sesiapa yang mampu menangkap Chin Peng.
  3. Pembentukan Malaysia. Merdeka yang diisytiharkan pada 31-8-1957 juga telah menghalang alasan untuk PKM membentuk negara komunis yang diidamkan. Ini kerana penentangan mereka bukan lagi kepada pihak koloni, tetapi terhadap kerajaan anak watan. Ini telah membawa kepada mereka untuk membuat rundingan Baling dengan wakil UMNO.
  4. Langkah untuk menyatupadukan kaum juga telah dibuat oleh UMNO, iaitu dengan gabungan MCA (Tan Cheng Lock), UMNO (Tunku Abdul Rahman), serta MIC (E.E.C. Tsuringam), tetapi langkah ini kurang berkesan dengan berlakunya Peristiwa 13 Mei ataupun rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1963
Anggota Rejimen Askar Melayu memeriksa peralatan, bekalan dan dokumen yang ditemui dalam satu serbuan ke atas kem pengganas komunis di hutan. Gambar sekitar tahun 1949.

Sungai Siput 1948

1 comment:

  1. www.kopiherba.com/nakincome Info Ilmu dari Pengasas KOPI HERBA Penyakit ..... Berpunca dari kekokotaran yang membeku dalam jangka masa yang lama - tidak dapat dibuang melalui 5 SISTEM PEMBUANGAN TUBUH yang Allah tetapkan pada manusia seperti najis, kencing, peluh, kahak / muntah dan hingus. Sistem pembuangan yang berfungsi sepenuhnya akan menjadikan manusia SIHAT! Allah tidak pernah menciptakan se...dikitpun ubat-ubatan dari batu-batan (kimia) dan dadah untuk hamba-hambanya. Sebagai lambang kasih sayang dan keadilan, Allah mencipta pelbagai MAKANAN yang terdiri dari pelbagai RASA (ada 9 rasa) yang terhasil beribu KHASIAT! MASIN itu RAHMAT... MASIN itu PENYELAMAT! bukan siksaan atau kezaliman... Tanpa manis dan masin, tubuh akan jadi lesu, kotor dan akhirnya LUMPUH! Kembalilah kepada pemakanan secukup rasa untuk elakan pembekuan kekotoran. KELAT akan mengawal MANIS dan membunuh kuman... PAHIT akan mengawal GARAM dan LEMAK... PEDAS itu PEMBAKARAN dan PENCAIRAN untuk memastikan organ-organ tidak tersumbat dengan PEMBEKUAN! PAHIT, KELAT dan PEDAS ada pada ulam-ulaman - kehebatan yang Allah sediakan!! Jangan diPOTONG atau diTEBUK anggota BADAN - kerana Allah permudahkan kejadian MANUSIA. InsyaAllah kami dapat membantu dengan berkesan untuk mengeluarkan pelbagai kekotoran di tubu tuan/puan dengan mudah dan cepat serta MURAH.. Untuk pendaftar an percuma dan pembelian sila klik mana2 web berikut:

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...