Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

08 February 2011

Gambar-gambar Revolusi di Mesir - semuga mampu memartabatkan kembali Islam


Keseluruhan anggota majlis tertinggi parti pemerintah dipimpin Mubarak, meletak jawatan termasuk anaknya Gamal yang sebelum ini bercita-cita menggantikan bapanya. Namun Presiden Mesir berkenaan masih enggan melepaskan jawatan nombor satu yang telah dipegangnya selama hampir 30 tahun. Washington yang menjadi sekutu rapat Mubarak kini pula dilihat lebih cenderung mahu naib presiden Omar Suleiman mengetuai proses peralihan kerajaan di negara itu.

Kumpulan pembangkang terbesar Mesir pula, Ikhwanul Muslimin selepas diharamkan sekian lama semalam terbabit dalam dialog politik dengan Omar, bersama-sama kumpulan pembangkang dan penunjuk perasaan yang lain bagi mengakhiri bantahan yang sudah berlarutan dua minggu itu. Mubarak selama ini tidak pernah bertolak ansur dengan Ikhwan, malah secara keras menentang kumpulan yang mempunyai banyak pengaruh itu.

Berikutan itu keputusan mempelawa Ikhwan terbabit sama dalam rundingan dilihat rejim Mubarak semakin terdesak. Sementara itu, suasana di ibu negara dengan 18 juta penduduk ini yang ditutup sejak tunjuk perasaan bermula 25 Januari lalu, semakin pulih.

Semalam, menyaksikan bank membuka pintunya untuk tiga jam, pertama kali dalam seminggu. Beberapa restoran termasuk francais asing seperti Kentucky Fried Chicken turut membuka semula perniagaan masing-masing. Keadaan lalu-lintas juga kembali seperti biasa dan kedai termasuk di jalan yang menuju ke Dataran Tahrir juga dibuka semula.

Kumpulan penunjuk perasaan yang masih berhimpun di dataran yang sudah menjadi medan utama bantahan menghadiahkan bunga kepada pekedai sebagai ‘pampasan’ terhadap kerugian yang dialami mereka.

Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan masih berada di dataran itu bagi meneruskan bantahan mereka.

“Kami bertekad untuk mengadakan bantahan ini sehingga tuntutan nombor satu kami dicapai,” kata Khaled Abdul-Hameed, seorang wakil penunjuk perasaan itu. – AP/Agensi 

























Polis Mesir bertindak biadap dengan menyembur air menggunakan water cannon terhadap peserta demonstrasi yang sedang melakukan ibadat solat. Demonstrasi yang telah berlangsung dari sejak Selasa lalu di beberapa bandar besar di Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.




Hampir 100 nyawa terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera dalam demonstrasi terbabit. Lebih 1,000 penunjuk perasaan pula ditahan polis. Sama-samalah kita berdoa agar kemelut ini berakhir dan pucuk pimpinan Mesir akan digantikan dengan pemerintahan berteraskan Islam sepenuhnya. Kita mengharapkan agar kekuatan kerajaan Mesir kelak mampu menjadi penggerak kepada kesatuan umat Islam di Arab seterusnya di seluruh dunia. Semoga sinar baru muncul agar bumi Palestin mendapat pembelaan sewajarnya dari seluruh umat Islam!






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...