Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

08 February 2011

MOHD SAFEE SALI SERTAI KELAB INDONESIA


Pemain Selangor dan Malaysia, Mohd Safee Sali akhirnya telah memilih pasukan daripada Indonesia sebagai destinasi kariernya. Penjaring terbanyak Piala Suzuki 2010 itu mengakhiri teka-teki ke mana beliau akan bermain akhirnya terjawab dengan memutuskan untuk beraksi dengan Pelita Jaya FC di mana kontraknya diikat selama setahun. 



Apakah sebab yang memungkinkan Mohd Safee memilih kelab tercorot di Indonesia? Bagaimana dengan reaksi peminat fanatik Indonesia kelak kerana rasanya sebilangan besar rakyat Indonesia masih belum pulih dari luka kekalahan di Piala AFF baru-baru ini?

Mohd Safee juga pernah diugut bunuh lantaran kekalahan Indonesia. Bagaimana nanti tekanan yang bakal beliau terima kelak? 

Apapun itulah keputusan beliau yang sewajarnya dihormati oleh semua. Sudah pasti beliau mempunyai sebab dan musabab tertentu yang menyebabkan beliau memilih Indonesia. Kita mengharapkan beliau mampu memberikan sumbangan besar terhadap kelab tersebut seterusnya mampu menyumbang pembangunan bolasepak di Malaysia yang baru bersinar kembali.

Sekalung tahniah buat beliau. Secara tidak langsung juga membuktikan betapa bolasepak Malaysia kini diiktiraf di peringkat Asia Tenggara.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...