Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

18 March 2011

Kemunculan Dajjal Hampir Tiba...!

Ada beberapa pertanda yang menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), 
 
“.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. 
 
Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering’..............” (Riwayat Muslim)

Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. 

Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini. Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: ‘Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih’. Mengikut artikel ini, air Laut Galilee sedang berada di paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter, lebih rendah dari paras bahaya yang ditetapkan. Allahu a'lam. 

Di sini letaknya tasik Galilee

6 comments:

  1. KALAU BENAR APA YANG DIWAR2KAN.. ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA? YA ALLAH... TETAPKAN IMAN BAGI SEKALIAN UMAT ISLAM DIDUNIA INI SUPAYA TIDAK TERLEKA DENGAN FITNAH DAJJAL..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kiamat akan tiba bila2 masa sahaja...
    semoga kita semua bersedia, amin

    ReplyDelete
  4. semoga umat Islam seluruhnya sentiasa terpelihara dan dilindungi Allah... berilah kami kekuatan untuk menetang kezaliman mereka

    amin...

    ReplyDelete
  5. En Panglima Hitam,

    untuk sambung ke laman Facebook gunakan link ini >>http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box/

    sekadar membantu :-)

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya dah banyak tanda-tanda kemunculan Dajjal ni....sedar atau tidak jer...thanx bro untuk info ni....Allahhuakhbar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...