Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

12 March 2011

Kesan Tsunami Jepun... Malaysia turut berjaga-jaga

Tsunami yang pernah melanda sebahagian besar bumi pada tahun 2004 kini datang lagi. Kali ini  tsunami melanda Jepun dan dijangka akan melanda kawasan-kawasan lain di sekitarnya. Gempabumi 8.8M yang melanda kawasan Lautan Pasifik berdekatan Jepun pada 2:46pm, 11 Mac 2011 (waktu Jepun) menyebabkan banyak kerosakan termasuklah blackouts, kebakaran dan tsunami.
Kalau melihat kepada peta amaran tsunami di bawah, kawasan pantai Jepun yang lain memang sangat berisiko. Kemudian kawasan-kawasan lain yang mungkin ialah Britain, Philippine, Kepulauan Solomon dan Hawaii juga mempunyai risiko yang tinggi dilanda tsunami.
Disebabkan Malaysia sedikit terlindung oleh Philippine maka, kebarangkalian tsunami untuk sampai adalah kurang. Walaubagaimana pun, Sabah Sarawak agak berisiko disebabkan adanya amaran tsunami di Laut Bali.
Untuk lebih info terkini, sila layari Pacific Tsunami Warning Center. Kalau nak dapat updates mengenai tsunami 2011 ni, boleh subscribe melalui e-mail di sini.
Kalau ada antara anda yang mempunyai saudara-mara atau rakan-rakan di Jepun, gunakan Google Person Finder untuk 2011 Japan Earthquake untuk mengetahui keadaan mereka di sana. Sama-sama kita doakan mereka sentiasa dalam keadaan baik.
Satu kejadian yang sempat dirakam selepas tsunami ini ialah whirlpool yang menarik sebuah kapal.
Walaupun dijangka Malaysia mempunyai kurang risiko, kita perlu juga tahu beberapa perkara yang perlu dan boleh kita lakukan sekiranya berlaku tsunami. Sila ambil serius perkara ini.

* dipetik dari riezarchy.com

1 comment:

  1. SEMOGA MALA PETAKA SEPERTI INI TIDAK BERLAKU DI NEGARA KITA..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...