Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

24 May 2011

Anak Mati Lemas Dalam Kereta


Machang: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat ‘tertinggal’ sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.


Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari penduduk kampung selepas anak bongsu daripada enam beradik itu, Nor Izzyan Natasya Ishak, dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan kepanasan di tempat duduk belakang kereta bapanya yang berkunci.


Pada masa sama, Ishak Salleh, 50, yang tergerak hati melihat kemungkinan anaknya tertinggal dalam kereta, memberi kunci kenderaan kepada seorang sepupunya supaya meninjau sebelum kakaknya, Che Mas Salleh, 55, memberitahu anaknya tidak bermaya.


Penduduk kampung cuba memberi bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut berikutan keadaannya terlalu lemah dan mangsa menunjukkan reaksi apabila muntah, namun apabila tiba di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Tumpat, doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari kelmarin.

Ishak berkata, dia turun dari kereta mengusung jenazah sepupunya yang dibawa ke tanah perkuburan sehingga terlupa membawa anaknya keluar bersama.

“Memang saya tidak menyangka kejadian itu. Saya sangka anak saya mengikut ibu dan bapa saudaranya naik ke rumah sepupu kami, tetapi tidak menyangka berlaku sebaliknya apabila dia (arwah) ‘tertinggal’ dalam kereta yang terkunci.

“Ketika pulang daripada urusan pengebumian jenazah, barulah saya teringat anak dan mungkin berlaku kejadian tidak diingini kerana keadaan di luar begitu panas menyebabkan saya mendapatkan bantuan sepupu untuk melihatnya di kereta,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, Machang, semalam.

Ishak yang juga ketua pengawal keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu berkata, tidak sampai beberapa minit, dia dihubungi kakaknya yang memaklumkan mengenai keadaan anak yang tidak bermaya.

“Hati saya begitu sebak dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Kakak memberitahu keadaan anak saya begitu lemah selepas ditemui di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan muka disandarkan di belakang tempat duduk hadapan kereta saya sebelum diberikan bantuan pernafasan penduduk kampung.

“Dia memberikan reaksi dengan muntah sebelum kakak mengusung dan membawanya ke klinik berdekatan untuk rawatan, tetapi Allah lebih menyayanginya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya.

Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, berkata, dia dapat lihat perubahan sikap anaknya yang begitu teruja mengikut ayahnya, selain sempat menggayakan sepasang daripada 10 pasang baju kurung yang disiapkan sempena Aidilfitri tahun ini.

“Tahun ini kami mahu sedondon memakai baju berwarna hijau sempena Aidilfitri. Kebetulan, saya menyiapkan baju itu cuma dia (anak) sempat bertanya mengenai mengapa dipakaikan baju raya pagi kelmarin dan saya memberitahu, adik pakai baju ke tempat orang mati,” katanya.

“Paling saya terkilan, kami tidak sempat menyambut hari jadinya di restoran makanan segera pada 4 Jun ini bersama seorang abangnya, tetapi semuanya sudah suratan takdir,” katanya.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Sat, kira-kira jam 11 malam semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kematian itu tidak mempunyai unsur jenayah. 

- dipetik dari harian metro


Budak lemas dalam kereta bapa


ISHAK (kiri) bersama kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II melihat kereta Perodua Kancil yang menyebabkan Nor Izyan lemas di Tumpat kelmarin.


TUMPAT - Tindakan tergesa-gesa seorang lelaki yang tidak mahu ketinggalan menghadiri upacara pengebumian sepupunya mengundang padah apabila dia pula kehilangan anak bongsunya yang lemas selepas tertidur bersendirian di dalam kereta kelmarin.


Kejadian pukul 11.45 pagi di Tanah Perkuburan Islam Morak dekat sini itu menyebabkan Nor Izyan Natasya Ishak, 3, menemui ajal selepas dia dibiarkan tidur di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Kancil selama hampir satu jam dalam keadaan kesemua pintu dan tingkapnya tertutup rapat.


Ketika ditemui, keadaan Nor Izyan begitu lemah manakala tubuh serta pakaiannya lencun dibasahi peluh ekoran tindakan bapanya, Ishak Salleh meletakkan kereta itu di bawah panas terik. Jarak antara kereta dan kubur itu kira-kira 500 meter.


Anak bongsu daripada enam beradik itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dekat sini akibat kekurangan oksigen. -kosmo
erm... kenapa sampai jadi begini. Sedih dan pilu apabila mendengar kejadian sebegini. Sepatutnya perkara sebegini dapat dielakkan sekiranya kita sentiasa berwaspada selalu. 

Teringat Panglima kepada kejadian beberapa tahun dahulu ketika berkunjung di sebuar bazaar Ramadhan di Taman Cempaka, Melaka. Seorang anak yang tertidur ditinggalkan di dalam kereta oleh keluarganya yang sibuk membeli persiapan hari raya. Atas rasa tanggungjawab yang tinggi, orang ramai mengambil risiko membuka kereta berkenaan demi menyelamatkan anak berkenaan.

Panglima juga pernah berhadapan dengan situasi sebegini apabila anak yang ditinggalkan dalam kereta nyenyak tidur ketika mereka turut serta ketika bermain futsal. Mungkin selepas keletihan berkejaran, mereka langsung tidak sedar walau berbagai cara dibuat untuk menyedarkan mereka. Nasib baik penghawa dingin terpasang dengan tingkap kereta juga tidak ditutup sepenuhnya.

Tempat simpanan barang di belakang juga sengaja tidak berkunci namun malangnya anak yang menyandar di kerusi belakang telah mengunci kerusi berkenaan menyebabkan gagal masuk dari bonet.

Memang panik masa tu apatah mengenangkan mereka kemungkinan lemas akibat enjin yang tidak dimatikan. Orang ramai di gelanggang futsal turut membantu sehingga salah seorang teman berjaya membuka pintu dengan memecahkan pembuka pintu berkenaan. Syukur dan lega kerana mereka benar-benar keletihan dan tidur 'mati'.

Sememangnya itu adalah peristiwa yang menjadikan pengajaran paling berguna. Semoga peristiwa sebegini tidak berlaku kepada diri kita semua.
   
Apapun takziah buat keluarga mangsa... semoga tabah menghadapinya, Insya Allah 

3 comments:

  1. isy... mesti panik gila masa tu kan? ingat ye, jangan lalai lagi

    ReplyDelete
  2. PANGLIMA : AKU MASIH INGAT LAGI PERISTIWA DI FUTSAL TU.. SYUKUR TAKDE APE2..

    ReplyDelete
  3. nur farihah nurmanMay 25, 2011 at 10:29 PM

    memang tido mati mase tu..trkejut sangat bile tengok kete papa dah rosak..saye adelah mangsa dan adik saye yg trtidor tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...