Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

19 May 2011

Wadah Panglima Menantikan Pengunjung Bertuah ke 100,000

98,220 orang... inilah jumlah pelawat yang telah berkunjung ke Wadah Panglima semenjak dihasilkan pada Oktober 2010. Terima kasih buat semua pembaca yang sudi membaca beberapa coretan yang ditulis di sini. Sebagai orang baru dalam dunia blog, tiada yang dapat diucapkan selain kesyukuran yang tidak terhingga di atas sambutan dan respon anda semua.

Insya Allah, di atas sokongan anda Wadah Panglima akan terus aktif dalam dunia blog yang sebelum ini sangat asing. Sebenarnya pengetahuan dan ilmu yang dimiliki sangatlah cetek... malah kebanyakan maklumat yang tercatat diperolehi atau dipetik melalui sahabat 'blogger' lain yang lebih senior dan berpengalaman.

Apapun Wadah Panglima hanyalah sekadar teman informasi anda. Sekiranya anda mempunyai pandangan dan cadangan bagi memperbaiki blog ini bolehlah disampaikan terus dalam ruangan komen ataupun melalui emel panglimahitam360@gmail.com

Sebagai menghargai sokongan anda, Wadah Panglima menawarkan Voucher Makan Malam bernilai RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) di SAJIAN UMMIE, Restoran Ikan Bakar Terapung Umbai, Melaka kepada pembaca Wadah Panglima ke 100,000 (Satu Ratus Ribu Orang). Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membuktikan melalui gambar atau sebagainya anda adalah pembaca ke 100,000 Wadah Panglima. Perhatikan di sudut atas sebelah kiri, nombor yang tertera adalah menunjukkan jumlah terkini pelawat Wadah Panglima. 

Sekiranya anda bertuah kelak, terus emelkan bukti berkenaan dengan segera kepada Panglima untuk urusan penghantaran hadiah tersebut. Terima Kasih atas sokongan anda....

* terima kasih tidak terhingga kepada fairus.com atas bantuan menghasilkan blog ini.  Juga kepada Afzal Effendy atas penghasilan grafik blog ini. Sesungguhnya jasa anda amat dihargai.

10 comments:

  1. wah... makin hebat bro! tahniah

    ReplyDelete
  2. Saat ini saye kat 98.282

    masih 1718 remain >.<

    Voucher makan ikan kat Melaka ya Panglima ?
    ( ingat yang lalu saye makan kat Sungai Duyung )

    ReplyDelete
  3. Tadi saya refresh page sudah jadi 98.288 pulak

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni dah jadi 98.292

    sisa 1708 >.<

    ReplyDelete
  5. Status terkini Jumaat 20 Mei 2011 jam 11.27 pagi

    98,501 orang pelawat, ada 1,499 orang lagi. Bila agaknya boleh mencecah 100,000 orang? Rasanya esok pagi kot? hehehe... bersabar dan bersedia buat saudara TJIANG serta semua pembaca Wadah Panglima. Jangan lupa snap gambar dan emailkan sebagai bukti pelawat ke 100,000...

    ReplyDelete
  6. terkini....20 Mei 2011 jam 5.14 petang

    98,843 orang. Cuma tinggal 1,157 orang sahaja lagi untuk pengunjung ke 100,000 orang

    ReplyDelete
  7. syabas dan tahniah wadah panglima... baru 7 bulan dah dpt 100,000 memang pencapaian yg agak baik. Teruskan menulis bro

    ReplyDelete
  8. 100,063 orang pengunjung! Alhamdulillah tercapai jua. Terima kasih kepada semua pembaca!

    Kepada anda yang berjaya sebagai pengunjung ke 100,000 sebentar tadi, harap dapat menghubungi Panglima di panglimahitam360@gmail.com untuk urusan menuntut hadiah. Jangan lupa sertakan bukti sebagai pengesahan pengunjung ke 100,000....

    Tahniah buat semua, Insya Allah Wadah Panglima akan menawarkan lebih banyak hadiah menarik di masa hadapan kelak...

    ReplyDelete
  9. He he he, siapakah tu yang ke 100.0000 ?

    ( mungkin tak sedar sudah terliwatkah ? )

    ^_^

    ReplyDelete
  10. Wadah Panglima masih menanti siapakah pengunjung bertuah yang ke 100,000

    Harap dapat hubungi kami dengan segera untuk tuntutan... terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...