Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

06 July 2011

Singapura Bekal Air Sendiri Menjelang 2061


Encik Lee Hsien Loong (tiga dari kanan) meninjau kawasan pameran syarikat Hyflux sempena pameran Minggu Air Antrabangsa Singapura (SIWW) 2011 di Suntec semalam. -




SINGAPURA - PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yakin Singapura mampu berdikari dan menyediakan sendiri bekalan airnya menjelang tamatnya Perjanjian Air 1962 antara Singapura dan Malaysia pada 2061.

Republik ini akan mampu berbuat demikian dengan gabungan bekalan daripada proses penyahgaraman dan AirBaru, kata beliau.

'Menjelang 2061, saya yakin bahawa kita dapat memanfaatkan bekalan itu dan menjadi mampu diri (dalam bekalan air),' ujar Encik Lee semasa sesi dialog Bual Air yang dianjurkan sempena Minggu Air Antarabangsa Singapura (SIWW) 2011 semalam.

Buat masa ini, penyahgaraman memenuhi 10 peratus dan AirBaru 30 peratus keperluan air Singapura.

Agensi air negara, PUB, merancang meningkatkan keupayaan proses penyahgaraman dan AirBaru bagi memenuhi sehingga 80 peratus keperluan air Singapura menjelang 2060.

Sekarang AirBaru dijangka dapat membekalkan sehingga 50 pertus bekalan air Singapura.

Proses penyahgaraman pula dapat membekalkan sehingga 30 peratus bekalan air Singapura apabila loji penyahgaraman kedua di Tuas mula beroperasi dalam masa dua tahun akan datang pada 2013.

Encik Lee menambah bahawa semasa Singapura merdeka, salah satu syarat kemerdekaan ialah kededua pemerintah - Malaysia dan Singapura - menjamin bahawa negeri Johor akan membekalkan air kepada Singapura sehingga 2061.

'Ia tidak boleh diubah dan kita harus teruskannya sehingga 2061,' kata beliau.

Selain isu keupayaan Singapura berdikari dalam membekalkan air bersih kepada warganya, Encik Lee menyentuh isu harga air, yang ditimbulkan Duta Kelana, Profesor Tommy Koh, yang mengendalikan dialog itu.

Menurut Profesor Koh, terdapat tiga pandangan tentang harga air harus ditetapkan - percuma, bersubsidi tinggi atau menggambarkan kos ekonomi sebenar.

Encik Lee berkata Singapura menetapkan harga air dengan mengira kos menyediakan bekalan setitik air melalui proses penyahgaraman atau AirBaru, selepas air hujan dikumpul dan juga nilai kekurangan air (scarcity value).

Namun, keperluan keluarga berpendapatan rendah tidak dilupakan dengan golongan berpendapatan rendah diberi subsidi.

Encik Lee berkata subsidi yang diberi pemerintah, seperti rebat U-Save, lebih daripada cukup untuk menampung 3 peratus pendapatan keluarga yang secara purata dibelanjakan bagi air.


ermmm... eloklah tu. Kalau Singapura fikir boleh bekal sendiri lebih awal pun lagi elok. Boleh kita tamatkan sahaja perjanjian bekalan air sehingga 2061 tu lebih awal. Kita bukannya tidak menghormati perjanjian terdahulu yang sememangnya dirasakan berat sebelah, namun merasa meluat dengan tindak tanduk Singapura yang disifatkan gagal menjadi jiran yang baik.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...