Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

29 July 2011

SYILING terbaru Edisi ke-3 Malaysia... PERLU ke?


Malaysia akan mengeluarkan duit syiling Malaysia siri ketiga bagi menggantikan duit syiling yang digunakan sebelum ini pada 2012 kelak. Menurut Bank Negara Malaysia, pertukaran ini dilakukan memandangkan syiling sediada telah digunakan hampir 20 tahun. Wang syiling ini lebih kecil, ringan dan mesra pengguna serta mempunyai ciri-ciri selamat serta dikeluarkan dalam nilai 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen. Berikut adalah beberapa fakta menarik dan informasi tentang duit syiling yang baru ini.
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Spesifikasi Teknikal

Nilai Muka50 sen20 sen10 sen5 sen
LogamNikel Loyang Bersalut KuprumNikel LoyangKeluli Tahan KaratKeluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)22.6520.6018.8017.78
Berat (gram)5.664.182.981.72

Ciri-ciri Am

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’. (sumber dari Bank Negara Malaysia)
Siri duit syiling yang bertemakan Keunikan Malaysia ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit-duit syling berkenaan.

50sen_baru
50 sen – Sulur Kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk ciri-ciri keselamatan.

20sen_baru
20 sen – Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

10sen baru
10 sen – Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

syling 5sen baru
5 sen – Destar Siga

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.
Sempena pengeluaran wang syiling siri baru ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan syiling peringatan yang dijual bermula pada 26 Julai 2011 di tempat-tempat yang terpilih. Untuk keterangan lanjut tentang wang syiling baru ini sila rujuk sumber kami. Berikut adalah video pelancaran duit syiling Malaysia siri ketiga.





* dipetik dari Bank Negara Malaysia

Dah 20 tahun guna tapi kalau telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat Malaysia pun kena tukar ke? Ketinggalan zaman dan berat? rasanya semua orang setuju ianya masih praktikal dan relevan lagi. Bukannya apa, di dalam keadaan ekonomi yang serba sukar ni tak perlulah tukar benda-benda mengarut yang tentunya melibatkan wang ringgit yang tinggi nilainya. Adalah lebih tepat sekiranya peruntukan yang ada digunakan untuk kebaikan rakyat Malaysia.

Terlanjur bercerita mengenai duit syiling ni, kita tertanya-tanya mengenai nasib syiling tembaga RM 1... dengar ceritanya syiling ni banyak terdapat di Indonesia? Cuba perhatikan pada peniaga kaki lima yang menjalankan perkhidmatan mencuci emas di kebanyakan tempat di Indonesia, peniaga jam tangan dan batu permata dan juga toko emas... Apa komen Bank Negara Malaysia? Pelaburan jutaan ringgit bagi pengeluarannya kini dinikmati oleh orang lain...   

2 comments:

  1. ada juga dengar cerita ni, syiling tembaga rm 1 kita dilebur dan dicampurkan dengan emas di indonesia... betul ke?

    ReplyDelete
  2. esok ada briefing pak BNM pasal duit baru ni...nak kena pi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...