Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

11 September 2011

SITT AL_WUZARA tersenyum simpul... KETAWA BESAR lihat kelemahan kita!



Isu penghinaan terbuka kepada Islam yang dicetuskan oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara nampaknya tiada kesudahan. Sitt terus bebas mencaci Allah, menghina nabi junjungan kita Muhammad SAW, memaki hamun umat Islam, mengherdik JAKIM, mempermainkan Sultan serta Yang di-Pertuan Agong, memperkecilkan Polis dan SKMM, mencabar PEKIDA dan bermacam-macam bentuk penghinaan lagi namun tiada sebarang tindakan yang diambil kerajaan!

Seronoknya Sitt melihat kerajaan Malaysia tidak mampu membuat sebarang tindakan ke atasnya. Apakah tidak ada peruntukan undang-undang di Malaysia untuk mengheret beliau ke muka pengadilan? atau sekurang-kurangnya menasihati beliau agar kembali semula kepada Islam? Malang sungguh ke atas seluruh rakyat Malaysia apabila hanya mampu melihat penghinaan ini tanpa ada usaha menghalangnya!

Segelintir rakyat Malaysia mewujudkan https://www.facebook.com/Pendedahan.Ekslusif bagi mencari siapa sebenarnya Sitt Al-Wuzara ini. Bermacam pendedahan telah pun didedahkan namun ianya gagal menarik perhatian pihak berkuasa. Apa yang berlaku sebenarnya? Apakah Malaysia masih mempunyai pemimpin yang cintakan Islam? Isu Sitt Al-Wuzara ini sama sekali gagal menjadi isu nasional akibat tenggelam dengan berita Mat Sabu, isu JAIS dan gereja, berita Anwar Ibrahim, kematian wartawan dalam misi Kelab Putra 1 Malaysia dan macam-macam isu lainnya. Isu cukai 6% dari TELCO lebih penting dari berita murtad dan penghinaan oleh Sitt Al-Wuzara ini!

Jadi tak hairanlah kita kalau JAKIM selaku sebuah badan tertinggi yang sepatutnya mempertahankan kesucian Islam pun buat tak tahu!
Lemahnya kita sebagai umat Islam! Pastinya kelak lebih ramai Sitt Al-Wuzara yang akan muncul untuk mencabar Islam kelak. Bersedialah kita semua untuk menerima bala bencana dari Allah lantaran kegagalan kita untuk mempertahankan maruah Islam!

2 comments:

  1. ENTAH APA DALAM PEMIKIRAN JAKIM SEKARANG..? PERGILAH AMBIL TINDAKAN. ITU PUN SUSAH KE??

    ReplyDelete
  2. malu aku bro dengan JAKIM... kes As'yari pantas MUIS ambil tindakan walaupun Islam bukan agama rasmi. Buat malu je dengan Islam Hadhari, model negara Islam dan ntah ape lagi tah. Bodoh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...